Lawatan Kerja Pengarah KDN/KA Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur
Lawatan Kerja Pengarah KDN/KA Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur
Kuala Lumpur - 11 Ogos 2012
YDH
CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) petang ini menunjukkan
keperihatinan beliau setelah memegang tampuk pimpinan Jabatan KDN/KA.
Beliau menghargai pengorbanan anggota-anggota Trafik yang bertungkus
lumus mengawal lalu lintas pada waktu Bulan Ramadhan bagi memastikan
orang ramai dapat membuat persiapan sambutan hari raya. Turut hadir di
dalam lawatan ini adalah YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar
Singh,Timbalan Ketua Polis Negara, YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof,
Ketua Trafik Pasukan, YDH Dato' Isa bin Munir,Komander Pasukan Polis
Merin, YDH
ACP Rusli bin Mohd Nor, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai
Kanan Polis, anggota-anggota trafik serta wakil-wakil media.
YDH
Pengarah Jabatan KDN/KA bersama YDH Ketua Trafik Pasukan dan beberapa
pegawai serta anggota trafik telah membuat tinjauan di beberapa lokasi
dan laluan yang sesak di sekitar Pudu Sentral,Kulala Lumpur. Sementara
menunggu waktu berbuka puasa, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA beramah-mesra
dengan orang ramai yang berada di sekitar Pudu Sental, Kuala Lumpur.
Beliau telah menyampaikan risalah keselamatan, nasihat serta ucapan
selamat sampai ke destinasi kepada para penumpang dan pemandu bas.
Setelah
selesai membuat tinjauan, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA telah membuka
puasa bersama pegawai dan anggota-anggota yang bertugas di sekitar Pudu
Sentral.
Setelah
selesai, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA beliau telah pergi ke Balai Polis
Trafik Kuala Lumpur untuk menunaikan solat Mahgrib berjemaah di
surau Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan telah menjamu selera bersama
anggota-anggota Trafik yang bertugas di balai, seperti anggota Pejabat
Pertanyaan, Pegawai dan Penolong Pegawai Penyiasat, Pengatur Tugas,
Logistik (Transport, Persenjataan, Komunikasi), Unit Gerak, Pondok
Kawalan, dan lain-lain, kerana jasa serta pengorbanan mereka turut
dihargai bersama.
Ketibaan YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) di Pudu Sentral.
Beramah Mesra Bersama Orang Ramai Sambil Memberikan Juadah Berbuka Puasa
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA memberikan Beg Juadah Berbuka Puasa Kepada Anggota Trafik Kuala Lumpur,Anggota Rela dan Anggota JPAM..
Sidang Media...
Berbuka puasa bersama anggota trafik...
Menunaikan solat Mahgrib berjemaah di surau Balai Polis Trafik Kuala Lumpur...
Makan malam di Dataran Balai Polis Trafik, Jalan Bandar...
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Santher Kumar s/o Sehgar