Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Singgah Sahur Nur Ramadhan Di Balai Polis Pekan Baru

Diterbitkan: 11 Jun 2017 1.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim pagi tadi meluangkan masa bersahur bersama warga polis Perak khasnya warga Balai Polis Pekan Baru, dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-singgah-sahur-nur-ramadhan-di-balai-polis-pekan-baru
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:03 MYT


Ipoh, 11 Jun 2017 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim pagi tadi meluangkan masa bersahur bersama warga polis Perak khasnya warga Balai Polis Pekan Baru, dekat sini.

Ketibaan Ketua Polis Negara dan isteri ke program Singgah Sahur - Nur Ramadhan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu disambut oleh Ketua Polis negeri, Dato' Pahlawan Mohd Hasnan Hassan bersama pegawai tertinggi kontinjen.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pegawai dan anggota selain memupuk semangat muhibbah bersempena bulan mulia Ramadhan al-mubarak.

Lebih manis lagi dalam program pagi tadi, Tan Sri Khalid dan Puan Sri Imran sempat menyantuni warga polis Perak dengan menyajikan masakan 'istimewa' mereka berupa char kuey teow dan nasi goreng sebagai juadah bersahur yang dapat dinikmati oleh anggota-anggota balai yang sedang bertugas.

Majlis yang turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Dato' Acryl Sani Haji Abdullah Sani itu diakhiri dengan sesi beramah mesra dan kata-kata semangat oleh Tan Sri Khalid kepada semua warga polis Perak yang hadir dalam program tersebut.

Program Singgah Sahur Nur Ramadhan Di Balai Polis Pekan Baru
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar turut beramah mesra dengan anggota yang bertugas di lapangan

Program Singgah Sahur Nur Ramadhan Di Balai Polis Pekan Baru
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menandatangani buku lawatan

Program Singgah Sahur Nur Ramadhan Di Balai Polis Pekan Baru
Aksi Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama Puan Sri Dato' Imran Ibrahim menyajikan masakan buat warga Polis Perak

Program Singgah Sahur Nur Ramadhan Di Balai Polis Pekan Baru
Aksi Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama Puan Sri Dato' Imran Ibrahim menyajikan masakan buat warga Polis Perak

Program Singgah Sahur Nur Ramadhan Di Balai Polis Pekan Baru
Sekitar Program Singgah Sahur - Nur Ramadhan yang berlangsung di Perkarangan Balai Polis Pekan Baru


ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2017 1.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM