Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Buru Para Pengedar Dan Penagih Dadah Di Malaysia Habis Habisan Pengarah Jsjn

Diterbitkan: 10 Jun 2017 4.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 10 Jun 2017 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Taktikal Khas Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman akan terus memburu dan mencari semua pengedar dan penagih dadah dalam negara, kata Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato' Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-para-pengedar-dan-penagih-dadah-di-malaysia-habis-habisan-pengarah-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT
Kuala Lumpur, 10 Jun 2017 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Taktikal Khas Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman akan terus memburu dan mencari semua pengedar dan penagih dadah dalam negara, kata Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato' Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff.

Dato' Sri Mohd Mokhtar berkata, tindakan para pengedar dadah di pelbagai peringkat umur yang dilihat semakin berani mencabar pihak berkuasa terutamanya PDRM, tidak boleh dimaafkan.

"Buat pengedar-pengedar dadah, hentikanlah jenayah ini, PDRM akan memastikan mereka dicari sampai dapat sama ada cepat atau lambat," ujar beliau dalam sidang media kejayaan JSJN di Dewan Theatrette Bukit Aman, sebentar tadi.

Terdahulu, Dato' Sri Mohd Mokhtar mengumumkan kejayaan jabatannya menumpaskan sindiket dadah disyaki jenis Ganja bernilai RM618,000 dalam tiga buah operasi berasingan di Kajang dan Klang, Selangor.

Menerusi operasi terbabit, seramai lima warga tempatan masing-masing tiga lelaki dan dua wanita berumur di antara 30 sehingga 47 tahun berjaya ditahan bersama 206 kilogram dadah, wang tunai bernilai RM9,000 dan tiga buah kenderaan mewah.

"Kesemua yang ditahan ini adalah merupakan saki-baki ahli sindiket yang telah berjaya ditahan dalam operasi pada bulan Mac di Sungai Petani, Kedah pada tahun lepas.

"Mereka kini direman sehungga 13 Jun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," tambah beliau lagi.

Mengakhiri sidang media tersebut, Dato' Sri Mohd Mokhtar turut melahirkan penghargaan kepada masyarakat yang sentiasa bekerjasama erat dengan pihak PDRM dalam menumpaskan najis dadah.


_MG_7431_MG_7477
Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato' Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff bersama dadah yang berjaya dirampas.


ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2017 4.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM