Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Sahsiah Diri Kontemporari Celik Lesbian Gay Biseksual Dan Transeksual Lgbt

Published: 12 Jun 2014 6.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program ini memberi pendedahan, pemahaman dan gambaran berhubung isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) di Malaysia...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-sahsiah-diri-kontemporari-celik-lesbian-gay-biseksual-dan-transeksual-lgbt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:46 MYT
Program Sahsiah Diri Kontemporari 'Celik Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT)'.
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

Bukit Aman - 14 Mei 2013. Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman telah mengadakan Program Sahsiah Diri Kontemporari 'Celik Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT)' pagi ini, di Dewan Sebaguna, Masjid Bukit Aman.

Ceramah telah disampaikan oleh Y.Bhg Dr. Ilias bin Adam dari Universiti Malaya dengan tajuk ceramahnya 'Kenali Orientasi Seksual Dan Identiti Jantina Dari Sudut Perubatan' dan ceramah kedua oleh Tuan Haji Zakuan bin Sawai, Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial & Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan tajuk 'Berkenalan Dengan LGBT'.

Program ini memberi pendedahan, pemahaman dan gambaran berhubung isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) di Malaysia.

Ianya secara tidak langsung dapat memantapkan sahsiah diri warga Polis Diraja Malaysia dengan ilmu semasa agar dapat memilih jalan yang betul mengikut panduan Al-Quran dan As-Sunnah.

Program turut dihadiri YDH SAC Mohd Fuad bin Abd Latif, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Agama dan Kaunseling), ACP Datin Dr. Laila binti Ali, Ketua Penolong Pengarah (Kaunseling), Pegawai-pegawai Kanan, Anggota serta Pegawai Awam.

Program Sahsiah Diri Kontemporari Celik Lesbian Gay Biseksual Dan Transeksual Lgbt
Majlis dimulai dengan bacaan doa...

Program Sahsiah Diri Kontemporari Celik Lesbian Gay Biseksual Dan Transeksual Lgbt
Ucapan perasmian oleh YDH SAC Mohd Fuad bin Abd Latif, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Agama dan Kaunseling)

Program Sahsiah Diri Kontemporari Celik Lesbian Gay Biseksual Dan Transeksual Lgbt
Ceramah oleh Y.Bhg Dr. Ilias bin Adam dari Universiti Malaya dengan tajuk ceramahnya 'Kenali Orientasi Seksual Dan Identiti Jantina Dari Sudut Perubatan'

Program Sahsiah Diri Kontemporari Celik Lesbian Gay Biseksual Dan Transeksual Lgbt
Ceramah kedua oleh Y.Bhg Tuan Haji Zakuan bin Sawai, Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial & Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Program Sahsiah Diri Kontemporari Celik Lesbian Gay Biseksual Dan Transeksual Lgbt
Program Sahsiah Diri Kontemporari Celik Lesbian Gay Biseksual Dan Transeksual Lgbt
Program Sahsiah Diri Kontemporari Celik Lesbian Gay Biseksual Dan Transeksual Lgbt
Program Sahsiah Diri Kontemporari Celik Lesbian Gay Biseksual Dan Transeksual Lgbt
Program Sahsiah Diri Kontemporari Celik Lesbian Gay Biseksual Dan Transeksual Lgbt
Antara Pegawai-pegawai Kanan, Anggota serta Pegawai Awam yang hadir program

Program Sahsiah Diri Kontemporari Celik Lesbian Gay Biseksual Dan Transeksual Lgbt
Penyampaian cenderahati...
ArticlePublished 12 Jun 2014 6.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM