Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Remaja Santing

Published: 11 Jun 2014 4.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program Warga Remaja Santing dimodulkan khas dengan 2 modul asas wajib untuk remaja-remaja dengan hajat utama memupuk dan menguatkan kemahiran 'Intrapersonal, Interpersonal dan Kemahiran lain. Matlama..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-remaja-santing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:36 MYT

Bukit Aman - 12 Jun 2011. Program Remaja Santing yang bermula pada 9 Jun 2011 di Dewan PERKEP Bukit Aman, berakhir pada tengahari ini, 12 Jun 2011 dan Majlis Penutupannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Kursus Remaja Santing Modular 1 ini merupakan program asas dan wajib dalam modular Program Remaja Santing. Kumpulan ini merupakan peserta dan penaja 'Kumpulan Warga Remaja Santing'.  Untuk program seterusnya, beberapa program dan aktiviti positif dan menarik termasuk teknik belajar dan menjawab peperiksaan, pendedahan kepada budaya korporat, aktiviti mengikut hobi dan kecenderungan akan dibentuk dan boleh diikuti oleh Kumpulan Warga Remaja Santing.

Program Warga Remaja Santing dimodulkan khas dengan 2 modul asas wajib untuk remaja-remaja dengan hajat utama memupuk dan menguatkan kemahiran "Intrapersonal, Interpersonal" dan Kemahiran lain. Matlamat akhir program ini ialah melahirkan remaja yang serba lengkap dari 4 aspek kehidupan iaitu fizikal, sosial, emosi dan rohaniah. Pada pengakhirannya, mereka akan menjadi insan terbaik di dunia dan akhirat, sinonim dengan makna 'Santing' iaitu elok, cantik, menarik dan baik.

Program Remaja Santing ini telah dianjurkan oleh Cawangan Kaunseling BAKA Bukit Aman dengan kerjasama PERKEP Malaysia dan Shi-Mellow Consultancy Sdn. Bhd. Program ini mensasarkan peserta-peserta yang terdiri daripada anak-anak keluraga PDRM yang berusia antara 15 tahun hingga 25 tahun.


Gambar Program Remaja Santing

Program Remaja Santing

Program Remaja Santing

Program Remaja Santing

Program Remaja Santing

Program Remaja Santing


Majlis Penutupan oleh Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Program Remaja Santing
Ketibaan
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia di Dewan PERKEP, Bukit Aman

Program Remaja Santing
Ucapan Penutupan Program Remaja Santing oleh Y.Bhg Pengerusi PERKEP Malaysia

Program Remaja Santing
Cenderahati kepada kumpulan peserta

Program Remaja Santing
Penyampaian Sijil Penyertaan...

Program Remaja Santing
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Shahabuddin bin Haji Ashari, Pakar Perunding Shi-Mellow Consultancy Sdn. Bhd

Program Remaja Santing
Antara peserta-peserta remaja

Program Remaja Santing
Bergambar kenangan bersama Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.


Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto   : L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan
ArticlePublished 11 Jun 2014 4.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM