Artikel
Kunjung Hormat Duta Korea Ke Atas Ydh Ketua Polis Negara
Bangunan Menara 1, Bukit Aman petang ini telah dikunjungi oleh dua orang wakil daripada Kedutaan Korea Selatan. Mr. H.E Lee Yong Joong, Duta Besar Korea Selata...
Bukit Aman - 13 Jun 2011
Bangunan Menara 1, Bukit Aman petang ini telah dikunjungi oleh dua orang wakil daripada Kedutaan Korea Selatan. Mr. H.E Lee Yong Joong, Duta Besar Korea Selatan dan Mr. Han Dong Soo, Konsul Kedutaan Korea Selatan disambut mesra oleh YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara. Turut hadir dalam pertemuan pada petang ini adalah YDH ACP Lim Leong Hock, Pegawai Urus Setia KPN (Pentabdiran I).
Isu-isu yang dibincangkan di Bilik Tetamu Ketua Polis Negara adalah berkaitan tentang perkembangan keselamatan negara dan sosioekonomi di Malaysia. YDH Ketua Polis Negara turut menerima ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Mr. H.E Lee Yong Joong di atas pengorbanan warga PDRM dalam menjaga keselamatan negara terutama rakyat Korea yang menetap di Malaysia sama ada untuk belajar mahupun bekerja. Beliau turut memuji dan kagum dengan kebudayaan Malaysia yang ramah.

Pertemuan di Bilik Tetamu Ketua Polis Negara

Bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara
Wartawan/Jurufoto : L/kpl Edwind Indo