Program Pertukaran Personel Pdrm Polri Tahun 2012
Program Pertukaran Personel PDRM-POLRI Tahun 2012
Sepang -
9 Julai 2012. Seramai 12 orang pegawai Kepolisian Negara Republik
Indonesia (POLRI) termasuk 4 pegawai wanita telah selamat tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 12.45
tengahari tadi dengan pesawat MH712.
Delegasi POLRI telah diketuai oleh KOMBES POL Drs. Danu Siswoyo, KASUBDIT IV DITTIPIDNARKOBA BARESKRIM POLRI.
Ketibaan
delegasi POLRI telah disambut oleh ACP Lim Leong Hock, ACP Urus Setia
KPN (Pentadbiran) dan SUPT. Rohila Kamarulzaman, Supt Perhubungan
Antarabangsa.
Turut hadir menyambut ketibaan delegasi POLRI, Insp Khairil Azuad bin Abd Aziz, Insp Perhubungan Antarabangsa 1 dan Insp Norimy Mohamad Nor, Insp Perhubungan Antarabangsa 2.
Sempena Program Pertukaran Personel PDRM-POLRI Tahun 2012, delegasi
POLRI akan berada selama 12 hari, sehingga 20 Julai 2012 dan beberapa
program telah diaturkan di sekitar Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur,
Kontinjen Pulau Pinang dan Kontinjen Perak.

Ketibaan delegasi POLRI disambut oleh ACP Lim Leong Hock, ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran)

Insp Norimy Mohamad Nor, Insp Perhubungan Antarabangsa 2 juga turut menyambut delegasi POLRI

Antara delegasi POLRI

ACP Lim Leong Hock, ACP Urus Setia KPN bersama KOMBES POL Drs. Danu Siswoyo, KASUBDIT IV DITTIPIDNARKOBA BARESKRIM POLRI.

Insp Khairil Azuad bin Abd Aziz, Insp Perhubungan Antarabangsa 1 menguruskan pasport delegasi POLRI


Menguruskan bagasi..


Cenderahati kepada delegasi POLRi setibanya di Mes Pegawai PULAPOL Kuala Lumpur
Wartawan & Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan