Bukit Aman - 27 Julai 2010. Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) telah menganjurkan Program Penerapan Nilai-Nilai Islam di Auditorium Menara 1 PDRM, Bukit Aman pada pagi ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fahrurradzi Bin Sahibul Ghani.
Ucapan
Alu-aluan pagi ini telah disampaikan oleh Ustaz Azman Bin Mat Hassan,
Pegawai Hal Ehwal Islam (Dakwah/Penerbitan), Bahagian Agama dan
Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Turut
hadir ialah DSP Hj Abu Bakar Bin Kamaruddin (Pentadbiran) Bahagian
Agama dan Kaunseling Bukit Aman, Pegawai-pegawai Kanan serta kakitangan
awam PDRM Bukit Aman.
Ceramah telah
disampaikan kepada hadirin yang hadir, bertajuk "Penyucian Rezeki
Sumber Pemantapan Rohani" oleh Ustaz Fahmi bin Hj. Ismail, Ketua Unit
Tindakan Khas PPZ MAIWP dan "Koreksi Anggota Tujuh" oleh Tuan Haji
Mohammad Ansarrullah bin Mohd Hashim, Penolong Setiausaha Bahagian
Keselamatan & Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.
Program
ini diharapkan dapat memberi kefahaman tentang nilai-nilai Islam yang
universal untuk diamalkan oleh setiap warga PDRM selain merapatkan
hubungan warga PDRM dalam majlis percambahan fikiran dan kesepaduan
fikrah.

Program
Penerapan Nilai-Nilai Islam anjuran Bahagian Agama Dan Kaunseling
(BAKA) ini diadakan di Auditorium Menara 1 PDRM Bukit Aman dengan
kerjasama dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan.

Ustaz
Fahmi bin Hj. Ismail Ketua Unit Tindakan Khas, PPZ MAIWP semasa sesi
ceramah yang pertama bertajuk "Penyucian Rezeki Sumber Pemantapan
Rohani".

Tuan
Hj. Mohammad Ansarrullah bin Mohd Hashim, Pen. Setiausaha Bahagian
Keselamatan & Ketenteraman Awam, KDN semasa sesi ceramah kedua yang
bertajuk "Koreksi Anggota Tujuh".