Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Latihan Anjing Cadaver Jsj

Published: 10 Jun 2014 2.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jabatan Siasatan Jenayah kini sedang melatih enam ekor anjing Cadaver atau Human Remains Detector Dog di Unit K9, PULAPOL Kuala Lumpur..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-latihan-anjing-cadaver-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:04 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 14 April 2010. Dalam usaha mengukuhkan lagi peranan Unit K9, selaras dengan perkembangan semasa, Jabatan Siasatan Jenayah kini sedang melatih enam ekor anjing Cadaver atau Human Remains Detector Dog di Unit K9, PULAPOL Kuala Lumpur.  Anjing jenis German Shepherd ini telah dibeli daripada negara Jerman dan berumur 1 hingga 3 tahun.

Program Latihan Anjing Cadaver JSJ akan dilaksanakan dalam tiga fasa.  Fasa 1 yang bermula pada 5 April 2010, latihan asas dikendalikan oleh Ketua Jurulatih K9 Polis Finland, Mr. Ilka Hormila selama dua minggu di Unit K9 PULAPOL Kuala Lumpur.

Fasa 2, latihan berterusan selama 6 bulan yang dikendalikan oleh Jurulatih Unit K9 Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.  Dalam Fasa 3, Ketua Jurulatih K9 Polis Finland akan melaksanakan proses penilaian dan pensijilan selama dua minggu yang dijangka pada bulan November 2010.

Apabila anjing-anjing Cadaver menerima pensijilan, anjing-anjing ini telah bersedia untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:-
1.  Mencari mayat kes bunuh yang telah ditanam atau dibuang ke mana-mana tempat.
2.  Mengesan kesan darah atau human remains  di tempat kejadian.
3.  Mencari orang hilang yang disyaki telah mati samada dalam hutan atau tempat-tempat lain.
4.  Mencari mayat manusia atau human remains di tempat-tempat berlaku kejadian letupan bom, bangunan runtuh,   
    kebakaran dan tanah runtuh.

Pada peringkat permulaan, anjing-anjing ini hanya akan dilatih untuk mengesan mayat di darat dan pada tahun hadapan, anjing-anjing Cadaver akan dilatih untuk mengesan mayat manusia di dalam sungai, tasik atau laut.

Program Latihan Anjing Cadaver JSJ ini juga dilaksanakan dengan kerjasama jabatan :-
1.  Jabatan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia
2.  Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang
3.  Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur
4.  Jabatan Anatomi Manusia, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.

Program Latihan Anjing Cadaver JSJ ini akan diketuai oleh seorang Pegawai Makmal Forensik yang mempunyai kepakaran dalam Forensik Entomologi.  Latihan Anjing Cadaver ini juga akan disertai oleh 3 Pegawai Makmal Forensik yang mempunyai kepakaran dalam pereputan mayat dan siasatan tempat kejadian.

Pada pagi ini, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM telah hadir menyaksikan demo Program Latihan Anjing Cadaver JSJ, Fasa 1 yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih K9 Polis Finland, Mr. Ilka Hormila di Unit K9 PULAPOL Kuala Lumpur.

Hadir sama ialah ACP Dev Kumar a/l M. M Sree Shunmugam, Ketua Penolong Pengarah (D6) Bantuan Teknik JSJ, Mr. Ilka Hormila, Ketua Jurulatih K9 Polis Finland,  DSP Vignesvaran a/l Velautham Ketua Unit K9 serta Pegawai-pegawai Makmal Forensik.

Dengan terlatihnya anjing Cadaver ini, Jabatan Siasatan Jenayah akan memiliki satu kepakaran baru untuk membantu dalam siasatan kes-kes jenayah, khususnya kes-kes keganasan seperti bunuh.

Program Latihan Anjing Cadaver Jsj
Demo... walaupun baru dilatih tidak sampai dua minggu, anjing ini telah menunjukkan kecekapan mengesan kesan darah atau human remains  di tempat kejadian

Program Latihan Anjing Cadaver Jsj
Ketua Jurulatih K9 Polis Finland, Mr. Ilka Hormila bersama YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah mengucapkan tahniah kepada anggota Unit K9 kerana berjaya dalam Latihan Anjing Cadaver Fasa 1.

Program Latihan Anjing Cadaver Jsj
dua dari kiri... ACP Dev Kumar a/l M. M Sree Shunmugam, Ketua Penolong Pengarah (D6) Bantuan Teknik JSJ, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Mr. Ilka Hormila, Ketua Jurulatih K9 Polis Finland, Inspektor Kavitha a/p Rajagopal dari Makmal Forensik PDRM dan DSP Vignesvaran a/l Velautham,Ketua Unit K9

Program Latihan Anjing Cadaver Jsj
Ketua Jurulatih K9 Polis Finland, Mr. Ilka Hormila bergambar bersama Jurulatih Unit K9 dan enam ekor anjing Cadaver

ArticlePublished 10 Jun 2014 2.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM