Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat

Published: 11 Jun 2014 4.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ampang, Selangor - 3 Jun 2011. YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar hari ini telah hadir ke Program Kepimpinan PDRM Bersama Masyarakat dan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasik..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-kepimpinan-pdrm-bersama-masyarakat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:47 MYT

Ampang, Selangor - 3 Jun 2011. YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar hari ini telah hadir ke Program Kepimpinan PDRM Bersama Masyarakat dan  menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasik Tambahan, Ampang Selangor.

Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan pucuk pimpinan PDRM dengan masyarakat, khususnya ahli jawatankuasa masjid dalam mengimarah masjid. Di dalam majlis ini juga, terdapat sesi dialog di antara ahli jawatankuasa masjid dan YDH Ketua Polis Negara.

" Program seperti ini perlu diadakan selalu supaya hubungan di antara ahli jawatankuasa masjid dan PDRM akan menjadi lebih erat di samping dapat memupuk semangat kerjasama di antara polis dan masyrakat," ujar YDH Ketua Polis Negara dlam ucapannya.

Supt. Haji Ghazali Bin Haji Daud telah menyampaikan khutbah dan menjadi imam untuk solat jumaat pada hari ini di masjid tersebut.

Turut hadir di program tersebut Nazir Masjid Al-Ubudiah, Encik Mohd Kamil Bin Dollah, YDH Dato' Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM, YDH Dato' Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah Ketua Polis Selangor, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM dan ahli-ahli jawatankuasa Masjid Al-Ubudiah.

Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat
YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah disambut mesra oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ubudiah.
Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat
Sesi dialog di antara Pimpinan PDRM dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ubudiah

Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat
Nazir Masjid Al-Ubudiah, Encik Mohd Kamil Bin Dollah menyampaikan ucapan.

Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat
YDH Ketua Polis Negara turut menyampaikan ucapan balas.

Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat
YDH Ketua Polis Negara telah menyampaikan cenderahati kepada Nazir Masjid Al-Ubudiah.

Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat
Ketika khutbah Jumaat...

Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat
Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud menyampaikan khutbah.

Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat
Beramah mesra dengan jemaah masjid selepas solat Jumaat.

Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat

Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat
Gambar kenangan Pimpinan PDRM bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ubudiah.

Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada setiap ahli jawatankuasa sebelum beredar dari Masjid Al-Ubudiah.

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Mohd Shareel

ArticlePublished 11 Jun 2014 4.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM