Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010

Diterbitkan: 11 Jun 2014 4.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Anugerah ini bukan sahaja menjadi satu pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat di antara Polis Diraja Malaysia dengan Angkatan Tentera Malaysia, malah kolaborasi sama boleh diperluaskan kepada lain..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terima-anugerah-inovasi-perdana-menteri-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:47 MYT
Putrajaya , 31 Mei 2011 - Sinergi bersama PDRM dengan Angkatan Tentera Malaysia telah mendapat pengiktirafan Sektor Awam apabila berjaya merangkul Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) Tahun 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini. 
 
Anugerah sektor awam yang terunggul dan berprestij ini merupakan pengiktirafan kepada penghasilan inovasi yang signifikan, dan memberi impak yang tinggi kepada ekonomi negara.
 
Polis Diraja Malaysia bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia telah dipilih berdasarkan inisiatif kerjasama strategik di dalam memperkasa sektor keselamatan negara.  Pelaksanaan inisiatif kerjasama strategik Polis Diraja Malaysia dengan Angkatan Tentera Malaysia adalah merupakan satu inisiatif yang unik dengan pendekatan yang luar dari kebiasaan.
 
Kini, polis dan tentera menjalankan tugas menjaga keselamatan negara secara berganding bahu dan kerjasama ini memberikan faedah yang nyata kepada negara, selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
 
Anugerah ini bukan sahaja menjadi satu pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat di antara Polis Diraja Malaysia dengan Angkatan Tentera Malaysia, malah kolaborasi sama boleh diperluaskan kepada lain-lain kementerian dan agensi kerajaan dalam usaha ke arah pencapaian prestasi cemerlang.


Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010
Ketibaan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara..

Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010
Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri..

Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010
Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri..

Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010
Nyanyian lagu Negaraku..

Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010
Ucapan alu-aluan daripada YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Hassan, Ketua Setiausaha Negara..

Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010
Ucapan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia..

Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010
Upacara penyampaian trofi Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010 oleh YAB Perdana Menteri..

Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010
Upacara penyampaian sijil dan replika cek Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010 oleh YAB Perdana Menteri..

Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010
Juara Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010 Inisiatf "Kerjasama Strategik PDRM-ATM"..

Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010
YDH Ketua Polis Negara bergambar bersama Ketua Pengarah MAMPU, YB Menteri Dalam Negeri, Panglima Angkatan Tentera dan YB Menteri Pertahanan..

Pdrm Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010
Sesi wawancara bersama pihak media selepas majlis berakhir..


Wartawan : Konst Irfan Bin Bujang
Jurufoto  : L/Kpl Mohd Helmi Bin Saadin
Penyunting : Insp Md Aruwan B. Md Amilah

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 4.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM