Program Kepimpinan Pdrm Bersama Masyarakat
Ampang,
Selangor - 3 Jun 2011. YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar hari ini
telah hadir ke Program Kepimpinan PDRM Bersama Masyarakat dan
menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasik Tambahan,
Ampang Selangor.
Program
ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan pucuk pimpinan PDRM dengan
masyarakat, khususnya ahli jawatankuasa masjid dalam mengimarah masjid.
Di dalam majlis ini juga, terdapat sesi dialog di antara ahli
jawatankuasa masjid dan YDH Ketua Polis Negara.
"
Program seperti ini perlu diadakan selalu supaya hubungan di antara
ahli jawatankuasa masjid dan PDRM akan menjadi lebih erat di samping
dapat memupuk semangat kerjasama di antara polis dan masyrakat," ujar
YDH Ketua Polis Negara dlam ucapannya.
Supt.
Haji Ghazali Bin Haji Daud telah menyampaikan khutbah dan menjadi imam
untuk solat jumaat pada hari ini di masjid tersebut.
Turut
hadir di program tersebut Nazir Masjid Al-Ubudiah, Encik Mohd Kamil Bin
Dollah, YDH Dato' Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM,
YDH Dato' Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah Ketua Polis Selangor,
Pegawai-Pegawai Kanan PDRM dan ahli-ahli jawatankuasa Masjid Al-Ubudiah.

YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah disambut mesra oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ubudiah.

Sesi dialog di antara Pimpinan PDRM dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ubudiah

Nazir Masjid Al-Ubudiah, Encik Mohd Kamil Bin Dollah menyampaikan ucapan.

YDH Ketua Polis Negara turut menyampaikan ucapan balas.

YDH Ketua Polis Negara telah menyampaikan cenderahati kepada Nazir Masjid Al-Ubudiah.

Ketika khutbah Jumaat...

Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud menyampaikan khutbah.

Beramah mesra dengan jemaah masjid selepas solat Jumaat.


Gambar kenangan Pimpinan PDRM bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ubudiah.

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada setiap ahli jawatankuasa sebelum beredar dari Masjid Al-Ubudiah.
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Mohd Shareel