Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Gaya Hidup Sihat Senamrobik Warga Pdrm

Published: 30 Jan 2016 2.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Budaya hidup sihat dan peningkatan tahap kesihatan di kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diteruskan lagi hari ini dengan penganjuran Program Gaya Hidup Sihat (Senamrobik) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-gaya-hidup-sihat-senamrobik-warga-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:47 MYT

Kuala Lumpur, 29 Jan- Budaya hidup sihat dan peningkatan tahap kesihatan di kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diteruskan lagi hari ini dengan penganjuran Program Gaya Hidup Sihat (Senamrobik) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi.

Program tersebut turut disertai oleh Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah dan Prof.Madya Zulkifli Abd Kadir dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UITM) yang hadir memberi taklimat sekaligus mengetuai aktiviti senamrobik.

Selaras dengan saranan Jabatan Pengurusan PDRM, program seumpama ini tampak kekal relevan bagi memastikan tahap kecergasan dan kesihatan setiap warga PDRM berada di tahap yang terbaik agar mutu kerja dapat dipertingkatkan khususnya serta menaikkan imej pasukan PDRM amnya.

Program ini telah menyaksikan penglibatan yang menggalakkan iaitu seramai lebih kurang 300 orang pegawai kanan, anggota dan pegawai awam dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan PULAPOL KL sepertimana program Trim & Fit dua hari yang lalu.

Hadir sama dalam program tersebut, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Dato’ Noor Azam Jamaludin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Azisman Alias, barisan pegawai kanan PDRM serta wakil dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam.

Program Gaya Hidup Sihat Senamrobik Warga Pdrm
Barisan pucuk pimpinan PDRM dan pegawai kanan yang hadir

Program Gaya Hidup Sihat Senamrobik Warga Pdrm
Taklimat berkenaan tips-tips senaman dan kesihatan dari Prof.Madya Zulkifli Abd Kadir dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UITM)

Program Gaya Hidup Sihat Senamrobik Warga Pdrm
Sekitar sesi senamrobik

Program Gaya Hidup Sihat Senamrobik Warga Pdrm
Wakil dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam.mengetuai sesi senamrobik

Program Gaya Hidup Sihat Senamrobik Warga Pdrm
Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah menyampaikan cenderahati kepada Prof.Madya Zulkifli Abd Kadir dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UITM).
ArticlePublished 30 Jan 2016 2.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM