Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Lelaki Ditahan Dipercayai Terlibat Kes Samun Rumah Di Kajang

Diterbitkan: 30 Jan 2016 7.38 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.34 PM
Kuala Lumpur, 30 Jan - Empat lelaki dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun rumah di Kajang, ditahan selepas kereta yang dinaiki mereka diarah berhenti untuk diperiksa anggota Ronda Cegah Jenayah balai polis Kajang, awal hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-lelaki-ditahan-dipercayai-terlibat-kes-samun-rumah-di-kajang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:14 MYT

Kuala Lumpur, 30 Jan - Empat lelaki dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun rumah di Kajang, ditahan selepas kereta yang dinaiki mereka diarah berhenti untuk diperiksa anggota Ronda Cegah Jenayah balai polis Kajang, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi tadi, kereta berkenaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di sekitar Sungai Chua, Kajang, diperiksa secara menyeluruh oleh anggota polis.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata hasil pemeriksaan, polis menjumpai antaranya dua bilah parang masing-masing berukuran 12.5 inci dan 14 inci, sebilah kapak berhulu besi berukuran 14.5 inci, dan tiga penutup mulut.

"Kesemua barang dijumpai diletakkan dalam bungkusan baju panas warna kelabu.

"Pihak kami percaya dengan tangkapan ini, kes-kes samun melibatkan empat lelaki di daerah Kajang dan kemungkinan di lain-lain daerah telah diselesaikan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata berdasarkan semakan nombor pendaftaran kereta dan nombor kad pengenalan kesemua suspek, tiada rekod jenayah dikesan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 30 Jan 2016 7.38 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.34 PM