Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Derma Darah

Published: 09 Jun 2014 6.03 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
'Setitik Darah Seribu Harapan' Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun 2008 telah di adakan di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-derma-darah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:42 MYT
PULAPOL Kuala Lumpur - 2 April 2008. Bertemakan 'Setitik Darah Seribu Harapan' Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun 2008 telah di adakan di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur.

Hadir di Program Derma Darah ialah YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, YBhg. Dato' Doktor Yasmin binti Ayob, Pengarah Pusat Darah Negara, YBhg. Puan Rozi binti Othman, Pengurus Kanan Chemical Company of Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan, anggota serta kakitangan awam PDRM.

Di majlis tersebut juga, YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara turut menderma darah bersama YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara serta YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM. Chemical Company of Malaysia juga telah bermurah hati menyumbangkan 2,000 botol vitamin Proviton kepada penderma-penderma darah hari ini. Program Derma Darah ini adalah anjuran Cawangan Kebajikan PDRM yang telah dianjurkan sejak tahun 1997. Program Derma Derah ini juga berjalan serentak di seluruh Kontinjen Polis.

Program Derma Darah
YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM bersama YBhg. Dato' Doktor Yasmin binti Ayob, Pengarah Pusat Darah Negara di majlis Program Derma Darah.

Program Derma Darah
YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara turut menderma darah bersama YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Program Derma Darah
Derma Darah...YDH Dato' Koh Hung Sun, Pengarah jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan YDH Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM

Program Derma Darah
YBhg. Puan Rozi binti Othman, Pengurus Kanan Chemical Company of Malaysia menyumbangkan vitamin Proviton kepada YDH Ketua Polis Negara.

Program Derma Darah
Anggota dari Cawangan Istiadat Bukit Aman tidak ketinggalan untuk menderma darah...
ArticlePublished 09 Jun 2014 6.03 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM