Sembahyang Agama Hindu Pdrm 201
Kuala Lumpur - 28 Mac 2008. Majlis Sembahyang Agama Hindu PDRM Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun telah di adakan di Kuil Sri Thandayuthabani, Jalan Ipoh Kuala Lumpur.
Majlis tersebut bermula pada seawal jam 2.00 petang dan selesai pada jam 10.30 malam. Di majlis itu juga telah dijalankan beberapa siri sembahyang seperti, Sangalpam/Homan/Sanggu, Abishegam, Alangaram, Pooja, Bhajan, Shanmuga theebha Arathanai danKalanji. Di samping itu juga di adakan persembahan tarian klasik, penyampaian cenderahati dan juga jamuan makan.
Hadir di majlis sembahyang ialah YDH ACP K.Kumaran, KBKA/KT Kuala Lumpur, pegawai-pegawai serta anggota PDRM dan juga masyarakat setempat.

Sembahyang Agama Hindu PDRM Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun di Kuil Sri Thandayuthabani, Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

YDH ACP K.Kumaran, KBKA/KT Kuala Lumpur bersama keluarga dan pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia di majlis Sembahyang Agama Hindu PDRM