Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Penglibatan aktiviti menderma darah ini sebenarnya memperlihatkan keprihatinan pegawai dan anggota Polis di sebalik ketegasan mereka menjalankan tugas yang selari dengan slogan Sedia Berkhidmat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-derma-darah-sempena-peringatan-hari-polis-ke-203-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:29 MYT

Kuala Lumpur - 29 April 2010. Program Derma Darah merupakan salah satu aktiviti dalam kalender Sambutan Peringatan Hari Polis pada setiap tahun.  Program ini juga memperlihatkan bahawa setiap warga PDRM digalakkan untuk menderma darah kepada Tabung Darah Negara, untuk insan yang memerlukannya.

Pada pagi ini, bertempat di Dewan Pusat Darah Negara, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara  telah hadir di Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun.

Turut hadir ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM,  YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan isteri, YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, YBhg Dr. Roshidah binti Hassan, Pengarah Pusat Darah Negara dan staf Pusat Darah Negara serta Pegawai-pegawai Kanan, anggota dan kakitangan PDRM.

Tema program menderma darah kali ini adalah 'Satu Darah Satu Malaysia' , menjelaskan dengan tepatnya menderma darah juga merupakan salah satu usaha mengintegrasikan rakyat negara ini dengan lebih berkesan lagi.

Penglibatan aktiviti menderma darah ini sebenarnya memperlihatkan keprihatinan pegawai dan anggota Polis di sebalik ketegasan mereka menjalankan tugas yang selari dengan slogan Sedia Berkhidmat.  Ia juga menunjukkan kesungguhan dan kesediaan pegawai dan anggota dalam menyelamatkan nyawa orang ramai dengan apa jua cara bantuan yang dapat dilaksanakan.

Pusat Darah Negara telah mula bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1997 dan berjaya mengumpul 105 unit tabung darah.  Pada tahun 2004, buat julung kalinya, Program Derma Darah diadakan di Pusat Darah Negara dan berjaya mengumpul 602 unit tabung darah. Pada tahun 2009, seramai 800 orang warga PDRM telah menderma darah melalui program yang sama.  Pada pagi ini, Kempen Derma Darah sekali lagi diadakan di Pusat Darah Negara dan PDRM mensasarkan seramai 1,000 orang warga PDRM akan menderma darah melalui program ini. Program Derma Darah ini tidak akan berhenti di sini sahaja, ianya akan dianjurkan di kontinjen, formasi ataupun Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara.

Dalam ucapan aluan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan  kepada para penderma yang telah menderma darah pada hari ini.

"Khidmat bakti yang tidak ternilai harganya untuk umat manusia adalah 'The Greatest Gift To LIfe' " kata YDH Ketua Polis Negara sebelum mengakhiri ucapannya pagi ini.

Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
dari kiri...YBhg Dr. Roshidah binti Hassan, Pengarah Pusat Darah Negara, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
Cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negara...

Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
Pendaftaran...

Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
Menunggu giliran untuk menderma darah...

Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
Dua anggota dari PULAPOL Muar. PULAPOL Muar menghantar 200 orang anggota untuk menderma darah.

Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
Ambil sampel darah...YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Keselamatan Lapangan Terbang) Jabatan KDN/KA.

Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
dari kiri...SI Hj Mohd Tahir bin Malik bersama YDH P/DCP Dato' Leo Chong Cheong, Timbalan Pengarah II, Cawangan Khas, juga turut menderma darah.

Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
Ahli PERKEP juga turut menderma darah..

Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia juga turut menderma darah untuk Tabung Darah Negara

Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
Darah yang didermakan oleh YDH Ketua Polis Negara...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM