Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada pagi ini, tercipta satu lagi sejarah dengan Pelancaran Logo Baru Makmal Forensik. 'Insignia' baru ini adalah untuk memberi sinergi dan keterampilan yang lebih 'Rebranded' kepada kewujudan Makmal ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-perasmian-insignia-baru-dan-penyerahan-kenderaan-forensik-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:00 MYT

Cheras - 28 April 2010. Majlis Perasmian Insignia Baru dan Penyerahan Kenderaan Forensik PDRM telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara di Dataran Makmal Forensik PDRM, Cheras.

Hadir sama dimajlis tersebut ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH SAC II Dato' Abdul Malek bin Hj. Harun, Ketua Penolong Pengarah JSJ (D10) Makmal Forensik, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM, Dif-dif jemputan dari Australia Federal Police, Jabatan Kimia Malaysia serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Sejarah penubuhan Makmal Forensik bermula pada tahun 1974 apabila YBhg Tun Haniff bin Omar, mantan Ketua Polis Negara, mengilhamkan idea penubuhan Makmal Forensik PDRM. Pada April 2001, satelah peralatan ditauliahkan dan pegawai-pegawai melapurkan diri di Makmal Forensik PDRM, Cheras, maka bermulalah operasi Makmal Forensik PDRM dan pada 12 Mei 2005, Makmal Forensik PDRM telah dirasmikan oleh YDH Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar, mantan Ketua Polis Negara.

Terdapat 55 Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam memerangi jenayah yang perlu dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia.  Salah satu daripada inisiatif tersebut adalah penambahbaikan panduan penyiasatan jenayah.  Inisiatif tersebut telah mengutarakan panduan asas siasatan kes-kes jenayah kekerasan yang akan dilaksanakan oleh semua Pegawai Penyiasat diseluruh negara.

Makmal Forensik ditubuhkan adalah untuk membantu penyiasatan kes-kes jenayah dengan menggunakan kaedah sains yang lebih saintifik. Pada waktu ini, sesuatu siasatan memerlukan pendekatan yang sistematik, berasaskan kepada ilmu forensik dan penggunaan teknologi bagi menghasilkan satu siasatan yang berkualiti tinggi.

Pegawai Penyiasat yang merupakan barisan hadapan dalam setiap siasatan yang dilaporkan oleh orang awam untuk mencari keadilan dan hak-hak asasi sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan, dibekalkan dengan kelengkapan IO Kit yang diperuntukan dalam Rancangan Malaysia Ke 9.  Selain itu, Makmal Forensik juga telah menerima 16 kelengkapan Forensik Kit yang dianggap canggih dan terkini yang setara dalam teknologi dan alat-alat saintifik dengan negara-negara maju.

Pada pagi ini, tercipta satu lagi sejarah dengan Pelancaran Logo Baru Makmal Forensik. 'Insignia' baru ini adalah untuk memberi sinergi dan keterampilan yang lebih 'Rebranded' kepada kewujudan Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia. Keseluruhan Insignia adalah berbentuk perisai 'Shield' yang berlatar belakangkan warna-warna asas yang mempunyai signifikan kepada penugasan Makmal Forensik PDRM iaitu warna biru, putih, jingga dan perak.
Biru     - Warna rasmi PDRM
Putih   - Melambangkan 'Justice Via Forensic'/ Keadilan Melalui  Forensik
Jingga - Melambangkan aplikasi forensik dalam siasatan Polis
Perak  - Melambangkan inovasi & teknologi dalam Makmal Forensik PDRM

Imej Kanta pula merupakan simbolik kepada siasatan Forensik secara keseluruhan. Kanta adalah peralatan asas dalam siasatan Forensik. Logo Integriti pula adalah selaras dengan kehendak pucuk pimpinan yang menekankan  integriti dalam penugasan.

Sebanyak 16 kenderaan 4x4 Forensik yang berinsignia baru, yang berupaya memberi perkhidmatan forensik yang terbaik dalam semua bidang berkaitan Sains Forensik juga dipertontonkan kepada hadirin yang hadir. Perolehan 16 kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux 4x4 Double Cab 2.5, mempunyai kapisiti injin 2500cc dan mampu ditugaskan di tempat-tempat kejadian jenayah yang berkeadaan bentuk muka bumi yang tidak rata seperti jalan 'off road'. Kenderaan ini mampu membawa seramai 5 orang,  lengkap dengan peralatan forensik dalam penyiasatan jenayah ditempat kejadian adalah untuk kegunaan Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI).

"Jadikanlah 'Justice Via Forensic" sebagai pedoman dan pegangan bagi setiap warga Makmal Forensik dalam misi mensabitkan kesalahan penjenayah demi keadilan mangsa dan keluarga mereka" kata YDH Tan Sri Musa, mengakhiri ucapannya pada pagi ini.

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm
YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara melancarkan Insignia baru Forensik

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm
Menyematkan insignia baru Forensik PDRM kepada YDH SAC II Dato' Abdul Malek bin Hj. Harun, Ketua Penolong Pengarah JSJ (D10) Makmal Forensik.

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm
Pemakaian insignia baru kepada Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI)

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm
Logo insignia baru di kenderaan Toyota Hilux 4x4 Double Cab 2.5

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm
Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) bersama kenderaan baru Forensik.

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm
YDH Ketua Polis Negara melawat khemah pameran Pasukan Subaquatic Forensic Investigation

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm
Supt. Azari bin Abd Rahman menerangkan kepada YDH Ketua Polis Negara, peralatan-peralatan Forensik Kit yang terdapat didalam kenderaan Toyota Hilux.

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm
Khemah pameran dari National Police Agency Identification Unit. Mr. Araki dari Jepun yang juga seorang pensyarah jemputan di Makmal Forensik PDRM, menunjukkan cara-cara menimbulkan cap jari.

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm
Sidang Media..

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm
Insignia Baru Forensik

Majlis Perasmian Insignia Baru Dan Penyerahan Kenderaan Forensik Pdrm
Sesi Bergambar...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM