Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun
Kuala
Lumpur - 29 April 2010. Program Derma Darah merupakan salah satu
aktiviti dalam kalender Sambutan Peringatan Hari Polis pada setiap
tahun. Program ini juga memperlihatkan bahawa setiap warga PDRM
digalakkan untuk menderma darah kepada Tabung Darah Negara, untuk insan
yang memerlukannya.
Pada
pagi ini, bertempat di Dewan Pusat Darah Negara, YDH Tan Sri Musa bin
Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara telah hadir di Program Derma
Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun.
Turut
hadir ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis
Negara dan YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi
PERKEP Malaysia, YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah
Pengurusan PDRM, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan isteri, YDH
Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, YBhg Dr. Roshidah binti Hassan,
Pengarah Pusat Darah Negara dan staf Pusat Darah Negara serta
Pegawai-pegawai Kanan, anggota dan kakitangan PDRM.
Tema
program menderma darah kali ini adalah 'Satu Darah Satu Malaysia' ,
menjelaskan dengan tepatnya menderma darah juga merupakan salah satu
usaha mengintegrasikan rakyat negara ini dengan lebih berkesan lagi.
Penglibatan
aktiviti menderma darah ini sebenarnya memperlihatkan keprihatinan
pegawai dan anggota Polis di sebalik ketegasan mereka menjalankan tugas
yang selari dengan slogan Sedia Berkhidmat. Ia juga menunjukkan
kesungguhan dan kesediaan pegawai dan anggota dalam menyelamatkan nyawa
orang ramai dengan apa jua cara bantuan yang dapat dilaksanakan.
Pusat
Darah Negara telah mula bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia sejak
tahun 1997 dan berjaya mengumpul 105 unit tabung darah. Pada tahun
2004, buat julung kalinya, Program Derma Darah diadakan di Pusat Darah
Negara dan berjaya mengumpul 602 unit tabung darah. Pada tahun 2009,
seramai 800 orang warga PDRM telah menderma darah melalui program yang
sama. Pada pagi ini, Kempen Derma Darah sekali lagi diadakan di Pusat
Darah Negara dan PDRM mensasarkan seramai 1,000 orang warga PDRM akan
menderma darah melalui program ini. Program Derma Darah ini tidak akan
berhenti di sini sahaja, ianya akan dianjurkan di kontinjen, formasi
ataupun Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara.
Dalam
ucapan aluan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada para penderma yang telah menderma
darah pada hari ini.
"Khidmat
bakti yang tidak ternilai harganya untuk umat manusia adalah 'The
Greatest Gift To LIfe' " kata YDH Ketua Polis Negara sebelum mengakhiri
ucapannya pagi ini.

dari
kiri...YBhg Dr. Roshidah binti Hassan, Pengarah Pusat Darah Negara, YDH
Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri
Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YBhg Puan Sri
Hajah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negara...

Pendaftaran...

Menunggu giliran untuk menderma darah...

Dua anggota dari PULAPOL Muar. PULAPOL Muar menghantar 200 orang anggota untuk menderma darah.

Ambil
sampel darah...YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah
(PGA/Pengurusan Sempadan/Keselamatan Lapangan Terbang) Jabatan KDN/KA.

dari
kiri...SI Hj Mohd Tahir bin Malik bersama YDH P/DCP Dato' Leo Chong
Cheong, Timbalan Pengarah II, Cawangan Khas, juga turut menderma darah.

Ahli PERKEP juga turut menderma darah..

YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia juga turut menderma darah untuk Tabung Darah Negara

Darah yang didermakan oleh YDH Ketua Polis Negara...