Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prn Kpn Tinjau Kesiapsiagaan Pdrm Pastikan Proses Pengundian Prn Negeri Sembilan Berjalan Lancar

Published: 03 Aug 2026 12.50 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Seremban, 1 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Mohd Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja bagi meninjau tahap kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melaksanakan penugasan sempena hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, dalam memastikan keseluruhan proses pengundian berlangsung dengan aman, selamat, lancar dan teratur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prn-kpn-tinjau-kesiapsiagaan-pdrm-pastikan-proses-pengundian-prn-negeri-sembilan-berjalan-lancar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:42 MYT
Seremban, 1 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Mohd Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja bagi meninjau tahap kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melaksanakan penugasan sempena hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, dalam memastikan keseluruhan proses pengundian berlangsung dengan aman, selamat, lancar dan teratur.

Lawatan tersebut bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai perkembangan semasa proses pengundian, di samping menilai tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota PDRM yang diamanahkan menjaga keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang hari pengundian.

Terdahulu, ketibaan KPN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan disambut oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Alzafny Ahmad sebelum beliau menandatangani buku pelawat, mengadakan lawatan ke Bilik Full Manning PRN dan meneruskan lawatan ke Pusat Mengundi Sekolah Menengah King George V, Seremban serta Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Nilai.

Sepanjang lawatan, KPN meninjau kelancaran proses pengundian, mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi di pusat-pusat mengundi serta menyantuni warga PDRM yang sedang melaksanakan penugasan bagi memastikan keselamatan awam dan ketenteraman sentiasa terpelihara.

Dalam sidang media yang diadakan, KPN memaklumkan bahawa PDRM akan terus mempertingkat pemantauan dan penugasan sehingga keseluruhan proses pilihan raya selesai bagi menjamin keselamatan awam, ketenteraman serta kelancaran proses demokrasi negara.

Beliau berkata, seramai 5,489 pegawai dan anggota PDRM telah digerakkan bagi melaksanakan penugasan sempena PRN Negeri Sembilan, termasuk bantuan sumber manusia daripada beberapa kontinjen lain. Penugasan tersebut meliputi kawalan di pusat-pusat mengundi, rondaan pencegahan jenayah, pengurusan lalu lintas, pengiringan peti undi serta pemantauan berterusan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negeri.

Sebelum mengakhiri lawatan kerja, KPN turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga PDRM atas komitmen, profesionalisme dan dedikasi yang dipamerkan sepanjang melaksanakan amanah, selain meluangkan masa menyantuni para pengundi sebagai tanda penghargaan atas kerjasama mereka dalam memastikan proses pengundian berlangsung dengan aman, lancar dan teratur.

Hadir sama, Pemangku Timbalan KPN merangkap Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Ibrahim Darus, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof dan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Mohd Nasharudin Mohd Shariff.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of ‎ambulance and ‎text that says '‎IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN NEGERI SEMBILAN 777 BAHAMA မ်း ی ההותווח G0‎'‎

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text
ArticlePublished 03 Aug 2026 12.50 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM