Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pic Of The Day Kpb Kuala Sedili Hulur Bantuan Kepada Pengguna Jalan Raya

Diterbitkan: 03 Aug 2026 2.05 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Keprihatinan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi terserlah apabila Ketua Polis Balai (KPB) Kuala Sedili, Sarjan Mejar Mohammad Aizat Ahmad bersama anggotanya tampil membantu seorang pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kenderaan ketika dalam perjalanan menghadiri satu program di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-kpb-kuala-sedili-hulur-bantuan-kepada-pengguna-jalan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
 
Keprihatinan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi terserlah apabila Ketua Polis Balai (KPB) Kuala Sedili, Sarjan Mejar Mohammad Aizat Ahmad bersama anggotanya tampil membantu seorang pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kenderaan ketika dalam perjalanan menghadiri satu program di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, baru-baru ini.

Tanpa berlengah, mereka berhenti untuk menghulurkan bantuan dan memastikan urusan pengguna jalan raya tersebut selesai sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi program.
Tindakan ini mencerminkan komitmen warga Sang Saka Biru yang sentiasa mengutamakan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat, selaras dengan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

Syabas dan terima kasih kepada semua anggota yang terlibat atas keprihatinan serta khidmat bakti yang ditunjukkan. Semoga nilai murni ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga PDRM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Sumber: Balai Polis Kuala Sedili

May be an image of car and text that says 'RBANEKA KK SUPER LHDN SIA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA PUSAT KHIDMAT PUSATKHIDMATHASIL.KOTATINGGI HASIL H

May be an image of car and text that says '013-7120882 0882 6UT KK NEDASERBANEKA KK チコラク LEMBAGA EMBAGAHASILDALAM HASIL DALAM PUSATKHIDMATHASIL PUS

ArtikelDiterbitkan 03 Aug 2026 2.05 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM