Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Pahlawan 2026 Khutbah Khas Seru Penghayatan Amanah Dan Pengorbanan Pahlawan

Diterbitkan: 31 Jul 2026 9.51 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Lumpur, 31 Julai 2026 - Khutbah khas sempena Sambutan Hari Pahlawan 2026 hari ini menyeru seluruh rakyat agar terus menghayati nilai amanah, integriti dan pengorbanan dalam mempertahankan agama, bangsa serta negara di samping menghargai jasa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan seluruh pasukan keselamatan yang telah berkorban demi keamanan tanah air.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2026-khutbah-khas-seru-penghayatan-amanah-dan-pengorbanan-pahlawan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kuala Lumpur, 31 Julai 2026 - Khutbah khas sempena Sambutan Hari Pahlawan 2026 hari ini menyeru seluruh rakyat agar terus menghayati nilai amanah, integriti dan pengorbanan dalam mempertahankan agama, bangsa serta negara di samping menghargai jasa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan seluruh pasukan keselamatan yang telah berkorban demi keamanan tanah air.

Kepimpinan Pasukan yang diketuai oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah khas bertajuk “Setia Pada Amanah, Teguh Mempertahankan Negara” yang disampaikan oleh Khatib merangkap Imam Besar Masjid Negara, Dr. Amru Alhaz Adnan sebelum memimpin solat Jumaat di Masjid Negara, tengah hari tadi, di sini.

Turut sama mengimarahkan masjid ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj. Malek Razak Sulaiman, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Hj. Md Othman, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Muhamad Norazlan Aris TUDM dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain.

Khutbah tersebut turut menekankan bahawa kekuatan negara dibina melalui rakyat yang berintegriti, pemimpin yang amanah dan masyarakat yang bersatu padu, selain mengingatkan bahawa keamanan yang dikecapi hari ini adalah hasil pengorbanan para pahlawan mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Justeru, seluruh rakyat diseru agar terus memelihara perpaduan, menjunjung amanah, menjauhi rasuah serta menyemarakkan semangat patriotisme demi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Mohamad Noor Yusof Ali, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya, Ketua Penolong Pengarah E7, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Mohamed Roslan Ahmed Junadi, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan serta warga PDRM dan ATM.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Azri Sabri.

May be an image of crowd and dais

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 31 Jul 2026 9.51 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM