Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Prn Kpn Lawat Pusat Kawalan Pantau Petugas Keselamatan Pusat Penamaan Calon Enam Negeri

Diterbitkan: 29 Jul 2023 7.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 29 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini melawat Pusat Kawalan Malaysia, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman bagi memantau keadaan keselamatan di pusat penamaan calon Pilihan Raya Negeri di enam negeri, dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prn-kpn-lawat-pusat-kawalan-pantau-petugas-keselamatan-pusat-penamaan-calon-enam-negeri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:34 MYT

Kuala Lumpur, 29 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini melawat Pusat Kawalan Malaysia, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman bagi memantau keadaan keselamatan di pusat penamaan calon Pilihan Raya Negeri di enam negeri, dekat sini.

Dalam lawatan tersebut, Tan Sri Razarudin turut ditaklimatkan penugasan pasukan Op Cantas negeri-negeri berkenaan secara telesidang.

Semasa lawatan, beliau turut menghubungi Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menerusi panggilan secara maya yang berada di Negeri Sembilan bagi mengetahui keadaan semasa di sana.

Selain itu, KPN juga menerima taklimat keselamatan daripada Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 4 people, ambulance and text

May be an image of 4 people, newsroom and text that says 'PULAUPINANG PULAU PINANG DAH SELANGOR PUSAT KAWALAN MALAYSIA MELAKA NEGER SEMBIL AN PAHANG MIL DR

May be an image of 4 people, television, newsroom and text

May be an image of 3 people, newsroom and text

May be an image of 2 people and text that says 'BUKITAMAN'

ArtikelDiterbitkan 29 Jul 2023 7.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM