Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Puan Sri Zainah Lawat Booth Perkep Di Karnival Jom Heboh

Diterbitkan: 29 Jul 2023 8.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Butterworth, 29 Julai 2023 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hari ini hadir melawat “booth” PERKEP sempena Karnival Jom Heboh yang berlansung dari 28 Julai hingga 30 Julai di Stadium Batu Kawan, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-puan-sri-zainah-lawat-booth-perkep-di-karnival-jom-heboh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:04 MYT
 
Butterworth, 29 Julai 2023 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hari ini hadir melawat “booth” PERKEP sempena Karnival Jom Heboh yang berlansung dari 28 Julai hingga 30 Julai di Stadium Batu Kawan, di sini, pagi tadi.

Kehadiran beliau bersama Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin telah disambut mesra oleh Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Khaw Kok Chin.

Buat julung kalinya, PERKEP Malaysia menyertai karnival tersebut dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti kaunter pembayaran saman trafik dan kaunter pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dibawah perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Hadir sama, Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Surina Saad, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Pulau Pinang, SAC Winston Tan Thye Wah dan Ahli-ahli PERKEP Malaysia.

ArtikelDiterbitkan 29 Jul 2023 8.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM