
Article
Prn Kpn Hadir Taklimat Keselamatan Dan Bantuan Sumber Manusia Kontinjen Negeri Sembilan
Seremban, 28 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini telah menghadiri Taklimat Keselamatan dan Bantuan Sumber Manusia serta P...
Seremban, 28 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini telah menghadiri Taklimat Keselamatan dan Bantuan Sumber Manusia serta Pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini.
Taklimat tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ketua Polis (KP) negeri, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.
Tan Sri Razarudin turut diberikan penerangan dan demonstrasi berkaitan penggunaan aplikasi telesidang oleh petugas di lapangan agar dapat memantau situasi secara langsung sepanjang PRN.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), CP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Bukit Aman, DCP Dato' Muhamad Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Risikan/Oeprasi), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, DCP Sapii Ahmad, Timbalan KP Negeri Sembilan, SAC Abd Khalid Othman, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Negeri Sembilan.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri