Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 2023 Masihi 1444 Hijrah

Diterbitkan: 28 Jun 2023 12.16 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.24 PM
Akhirulkalam, saya serta isteri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah kepada seluruh umat Islam dan warga Pasukan. Raikanlah Aidiladha ini secara bersederhana di samping menghayati erti sebuah pengorbanan yang sebenar. Semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat serta lindungan-Nya jua, Insya-Allah. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-hari-raya-aidiladha-tahun-2023-masihi-1444-hijrah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:25 MYT
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

Dengan izin Allah Azza Wa Jalla dan limpah kurnia-Nya yang tidak terhitung, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijah 1444 Hijrah bersamaan 29 Jun 2023.

Aidiladha adalah hari kebesaran yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh rasa keinsafan dan membawa pengertian yang sangat besar. Ia juga mengajak kita mengenang kembali sirah pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s dan anakanda Baginda, Nabi Ismail a.s yang penuh dengan iktibar kepada kita semua. Sesungguhnya, peristiwa ini mengajar kita untuk sentiasa patuh dengan segala perintah-Nya, di samping reda akan ujian yang diberikan-Nya.

Bersempena dengan sambutan Aidiladha ini, saya menyeru seluruh warga pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar melaksanakan amanah yang dipertangungjawabkan dengan sebaik mungkin demi agama, bangsa dan negara. Semoga, segala pengorbanan kita diterima-Nya jua dan dikurniakan sebesar-besar ganjaran serta mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT.
Kepada warga Pasukan serta muslimin muslimat yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini, saya mendoakan semoga segala urusan para jemaah dipermudahkan dan beroleh haji yang mabrur dan umrah yang sempurna.

Bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan ini, berhati-hati dan patuhilah segala peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Pastikan kenderaan telah diselenggara dengan baik serta rumah yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat.

Akhirulkalam, saya serta isteri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah kepada seluruh umat Islam dan warga Pasukan. Raikanlah Aidiladha ini secara bersederhana di samping menghayati erti sebuah pengorbanan yang sebenar. Semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat serta lindungan-Nya jua, Insya-Allah.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd.

(TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

 
ArtikelDiterbitkan 28 Jun 2023 12.16 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.24 PM