Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Premis Judi Diserbu Lima Ditahan

Published: 22 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bertempat di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Timbalan KPD Kota Setar, SUPT Rohana Omar telah mengadakan sesi sidang media berkaitan kejayaan tangkapan dan rampasan judi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/premis-judi-diserbu-lima-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:39 MYT

Alor Setar, 22 Okt - Bertempat di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Timbalan KPD Kota Setar, SUPT Rohana Omar telah mengadakan sesi sidang media berkaitan kejayaan tangkapan dan rampasan judi.

Bertarikh 21 Okt, lebih kurang jam 10.30 malam, sepasukan polis dari IPD Kota Setar telah mengadakan serbuan di premis perjudian di dalam sebuah pusat membeli belah di kawasan Alor Setar.

Hasil serbuan, pihak polis telah berjaya menahan empat penjaga premis dan satu pelanggan yang sedang bermain judi simulator dan mesin slot. Kesemua tangkapan berasal dari Alor Setar, Kedah.

Dalam serbuan tersebut juga pihak polis telah merampas 9 unit simulator, 5 unit mesin slot simulator, 853 keping token, sejumlah wang tunai dan perkakasan untuk bermain judi.

Penjaga premis ditahan reman bagi siasatan lanjut di bawah Sek 117 KAJ dan kesemua mereka disiasat di bawah Sek 4B(a) Akta Judi Rumah Terbuka 1953.
Premis Judi Diserbu Lima Ditahan

ArticlePublished 22 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM