Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Premis Dvd Haram Digempur

Published: 16 Jun 2014 8.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hasil pemantauan dan intipan yang dibuat selama seminggu, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPK Selangor telah berjaya menumpaskan sindiket DVD haram dan DVD lucah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/premis-dvd-haram-digempur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:37 MYT

PETALING JAYA, 30 November – Hasil pemantauan dan intipan yang dibuat selama seminggu, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPK Selangor telah berjaya menumpaskan sindiket DVD haram dan DVD lucah apabila sebuah premis rumah kedai di PJU 1, Petaling Jaya yang dijadikan sebagai pusat untuk mencetak DVD haram dan DVD Lucah telah digempur sepasukan polis daripada JSJK Selangor yang diketuai oleh ASP Adam Ng Abdullah lebih kurang jam 1.40 tengahari. Dalam serbuan tersebut, pihak polis terpaksa memecahkan 4 halangan pintu kebal sebelum dapat memecah masuk premis tersebut. Hasil serbuan, polis mendapati terdapat DVD yang telah disalin cetak sedia untuk dipasarkan serata tempat termasuk Penang, Sg. Petani Kedah, Kota Bharu Kelantan, Mentakab Pahang, Johor dan Sibu Sarawak. Semasa serbuan mendapati dua lelaki tempatan berada di dalam premis tersebut. Hasil pemeriksaan polis berjaya merampas 25,000 DVD haram tanpa Sijil B dan 1,500 DVD lucah, dua buah kereta yang berada di aras bawah premis dan juga 30 unit mesin penyalin cetak. Kesemua rampasan dianggarkan bernilai lebih kurang RM300 ribu. Ini adalah kejayaan terbesar Polis Selangor bagi tahun 2011 dalam membanteras DVD cetak rompak dan lucah. Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) dan 5(2) Akta Penapisan Filem. Siasatan lanjut masih diteruskan. Ketua Polis Selangor dalam sidang medianya di premis tersebut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan polis yang telah menempa kejayaan ini. Beliau berharap usaha seumpama ini dapat diteruskan dimasa hadapan.

Premis Dvd Haram Digempur

ArticlePublished 16 Jun 2014 8.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM