Ipoh, Perak - 28 September 2007. Seramai 40 orang anak-anak yatim dan miskin dari Yayasan Hikmah Gopeng Perak diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Pegawai Pangkat Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Kontinjen Perak di Hotel Sri Malaysia, Ipoh, Perak pada 28 September 2007.
Pada majlis tersebut anak-anak yatim dan miskin itu masing-masing menerima bungkusan raya dan sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Sub Insp. Norraji bin Rojo Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak.
Menurut Sub Insp. Norraji bin Rojo, acara sedemikian merupakan julung kali dianjurkan oleh PPRPD Kontinjen Perak dan bercadang acara tersebut akan menjadi satu acara tahunan persatuan bagi membantu anak-anak yatim dan miskin di Perak.
Pada majlis itu pelbagai juadah berbuka puasa dihidangkan dan para Exco PPRPD Kontinjen Perak sentiasa melayani kerenah anak-anak yatim dan miskin Yayasan Hikmah Gopeng Perak yang hadir dari pelbagai peringkat umur agar mereka terhibur dan merasai suasana berbuka puasa sebenarnya.

Sub Insp. Norraji Rojo (nombor dua dari kanan) bersama para Exco PPRPD Perak melayani anak-anak yatim dari Yayasan Hikmah Gopeng Perak mengambil makan untuk berbuka puasa.