Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pprpd Perak Bersidang Kukuhkan Ukhwah

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
satu sesi dialog bersama Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak dan Exco PPRD Pusat diadakan di Cityhill Hotel, Ipoh, Perak, bagi memberi pendedahan mengenai isu-isu semasa pasukan demi keutuhan pasukan yang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pprpd-perak-bersidang-kukuhkan-ukhwah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:44 MYT

Ipoh, 18 Oktober 2011 - 'Ahli sihat, pasukan kuat', itulah slogan yang dipegang oleh para ahli Persatuan Pegawai Pangkat Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Kontinjen Perak, sehingga terbukti berpersatuan dapat mengeratkan hubungan sesama mereka pada semua peringkat pangkat.

Sehubungan itu, sempena Persidangan Agung PPRPD, Kontinjen Perak ke 82, satu sesi dialog bersama Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak dan Exco PPRD Pusat diadakan di Cityhill Hotel, Ipoh, Perak, bagi memberi pendedahan mengenai isu-isu semasa pasukan demi keutuhan pasukan yang disayangi.

Menurut Sub Insp. Norraji Rojo, Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak, pada persidangan itu, terdapat dua sesi diadakan. Sesi pertama pembentangan usul-usul daripada para ahli dan kedua berdialog secara telus dengan para Ecxo PPRPD Pusat, mengenai isu semasa dan arahan terkini pasukan.

Antara ahli Exco PPRPD Pusat yang hadir berdialog ialah Sub. Insp. Mohd Rozi Hj. Halim, Pengerusi PPRPD Kontinjen Kedah, Sub. Insp.Abdul Malek Baharuddin, Pengerusi PPRPD Kontinjen Perlis dan Sjn. Shaharuddin Che Mat, Setiausaha PPRPD Pusat.

"Antara perkara yang dibangkit di sesi dialog itu ialah mengenai proses kenaikan pangkat dan soal kebajikan ke atas semua peringkat pangkat dalam pasukan", ujar Sub Insp. Norraji Rojo yang amat berpuas hati dengan kematangan para ahli mengemukakan soalan dan kehadiran yang amat mengalakkan.

Pprpd Perak Bersidang Kukuhkan Ukhwah
Para ahli PPRPD Kontinjen Perak sedang mendengar taklimat.

Pprpd Perak Bersidang Kukuhkan Ukhwah
Sub Insp. Norraji Rojo Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak (kanan) menyerahkan 'hamper' kepada Sjn. Shaharuddin Che Mat, Setiausaha PPRPD Pusat.

Pprpd Perak Bersidang Kukuhkan Ukhwah
1Malaysia, 1Pasukan, pucuk pimpinan PPRPD Kontinjen Perak bergambar kenangan diakhir mesyuarat.

Wartawan    :    SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Jurufoto     :    Kons. Raymond bin Martin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM