Putrajaya,19 Oktober 2011
BAKA
PDRM dan PPZ MAIWP dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
telah menganjurkan program keluarga bahagia bertempat di Dewan Sheikh
Daud Al-Fathoni Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan saya meminta anda berusaha untuk membina keluarga yang bahagia, dan perlu difahami komitmen mendidik anak-anak merupakan menjadi tanggungjawab semua dan tidak terletak di bahu sebelah pihak semata-mata. Untuk
itu, ibu bapa perlu dilengkapkan dengan ilmu keagamaan dan ilmu keibu
bapaan yang sempurna disamping sikap tolak ansur dan tidak mementingkan
diri dalam mendidik anak-anak," ujar Y.Bhg Tuan Abdul Hakim Amir bin Osman, Pengurus Operasi Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam ucapan perasmiannya hari ini.
Slot program dimulakan dengan ceramah dari Y.Bhg Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk daripada Jabatan Agama Islam Daerah Petaling Jaya yang bertajuk "Asas Pembentukan Keluarga Bahagia" yang memberikan banyak informasi berguna kepada peserta dalam usaha membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
Dalam intipati ceramahnya juga, konsep ilmu dan amal perlu diberi penekanan di samping perlunya menghidupkan suasana dengan agama dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan jangan
menjadi orang yang angkuh dan sombong agar matlamat perkahwinan itu
tercapai kerana matlamat perkahwinan yang sebenar adalah untuk mencapai
kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan serta mendapat rahmat dan
keredhaan Allah dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
syarak'.
Slot
program diteruskan lagi dengan ceramah yang bertajuk "Bersihkah Harta
Kita" yang disampaikan oleh Y.Bhg En. Izudin bin Sith, Pegawai Unit
Tindakan Khas, PPZ MAIWP yang menerangkan tentang takrifan zakat dan jenis - jenis harta yang boleh dizakatkan serta cara pengiraannya.
Di samping itu, beliau telah
memberikan penerangan secara terperinci berkenaan cara pemotongan zakat
melalui potongan gaji dengan memperkenalkan Skim Thohir kepada para
peserta program dan memperlihatkan para peserta tentang cara pembayaran
zakat yang lebih sistematik dengan jalan pengiraaan yang lebih mudah
difahami.
Slot terakhir dalam program
tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg En. Rozi bin Ariffin, Pegawai
Kaunselor Bahagian Agama Dan Kaunseling IPD Johor Bahru Selatan. Slot
yang bertajuk "Cabaran Alam Dewasa dan Matang" telah membawa peserta
memahami tentang perbezaan IQ, EQ, dan SQ serta kepentingan mengimbangi
ketiga-tiga elemen tersebut.
Beliau menyatakan bahawa
pentingnya perhatian dan penghargaan antara pasangan suami isteri
disamping perlunya sentuhan dan belaian dalam memelihara keharmonian
rumah tangga.
Dalam slot yang disampaikan,
beliau berjaya menarik perhatian peserta dengan menyelitkan aktiviti -
aktiviti yang membuka pemikiran dan minda peserta dengan memberikan
rumusan yang bernas diakhir setiap aktiviti yang dilakukan.
Turut hadir dalam program tersebut ialah YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan. Pengarah Pengurusan (Agama & Kaunseling) Bukit Aman, ACP Abdul Razak bin Abdul Majid, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Ustazah Wan Esma binti Wan Ahmad, Ketua Unit Hal Ehwal Sahsiah BAKA Bukit Aman, Tuan Haji Abdul Rani bin Osman, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Pegawai-pegawai kanan PDRM, Pegawai Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dif - dif jemputan.

Para peserta mendaftar masuk...

Pengerusi majlis memberi ucapan kata - kata aluan

YDH ACP Abdul Razak bin Abdul Majid, Ketua Polis Daerah Putrajaya meenyampaikan ucapan alu-aluan

Ybhg Tuan Abdul Hakim Amir bin Osman, menyampaikan ucapan serta merasmikan program tersebut

"PENCERAMAH PERTAMA" Ybhg Ustaz Suhaimi Bin Ahmad Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Daerah Petaling Jaya

"PENCERAMAH KEDUA" Ybhg En. Izuddin Bin Sith PPZ, MAIWP

"PENCERAMAH KETIGA" Ybhg Drs. Rozi Bin Ariffin

Antara barisan tetamu Jemputan Kehormat...


Para peserta yang menghadiri program tersebut...

Penceramah mengendalikan sesi 'Pecambahan Minda' dengan peserta
Penyampaian Cenderahati Kenang - Kenangan.....






"TAHNIAH"... antara peserta yang mendapat cabutan bertuah......





Wartawan : Konst Iqtar bin Azmi
Jurufoto : L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting: Sjn Zaiddin bin Dahalan