Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Rm202 Juta Barang Seludup Dirampas

Published: 03 Nov 2021 4.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Tumpat, 3 November 2021 – Pelbagai barangan penyeludupan bernilai RM202 juta termasuk dadah dan kontraban berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi kawalan sempadan di seluruh negara antara tempoh Januari hingga Oktober lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-rm202-juta-barang-seludup-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:25 MYT
Tumpat, 3 November 2021 – Pelbagai barangan penyeludupan bernilai RM202 juta termasuk dadah dan kontraban berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi kawalan sempadan di seluruh negara antara tempoh Januari hingga Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, jumlah itu membabitkan 3,122 tangkapan dalam lima operasi yang dilaksanakan oleh Briged PGA Utara, Tengah, Tenggara, Sarawak dan Sabah.

Katanya, nilai rampasan barangan penyeludupan paling tinggi dilakukan oleh Briged Tengah yang berjumlah RM75 juta diikuti Tenggara (RM52 juta), Sarawak (RM38 juta), Sabah (RM 27 juta) dan Utara (RM8 juta).

"Keseluruhan barang seludup dirampas berjumlah RM202 juta dengan 1,751 jumlah kes.

"Berdasarkan pecahan sebanyak 498 kes membabitkan rampasan dadah dan racun, 69 kes Op Khazanah dan 852 kes lain-lain manakala 332 kes penyeludupan migran," katanya kepada pemberita di jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

#BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 03 Nov 2021 4.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM