
Artikel
Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Perayaan Deepavali Tahun 2021
Saya serta isteri dan keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM), mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga Pasukan dan...
Salam Sejahtera.
Saya serta isteri dan keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM), mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga Pasukan dan masyarakat beragama Hindu yang akan menyambutnya pada 4 November 2021.
Sambutan perayaan Pesta Cahaya pada kali ini dapat diraikan dengan penuh kemeriahan, selepas hampir dua (2) tahun kita bergelut dengan krisis kesihatan akibat COVID-19. Ruang kehidupan yang dahulunya suram, kini semakin diterangi cahaya kegembiraan apabila rentas negeri telah dibenarkan dan pelbagai kelonggaran dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara diumumkan oleh Kerajaan. Pun begitu, janganlah sesekali kita alpa dan sentiasalah mematuhi protokol kesihatan yang masih berkuat kuasa. Semoga perjalanan kita dalam memerangi wabak COVID-19 akan sentiasa disuluhi cahaya agar kita dapat memutuskan rangkaian penularan wabak ini dan kembali menjalani kehidupan normal seperti sedia kala.
Seperti sifat cahaya yang menerangi, PDRM juga akan sentiasa berusaha untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara kekal terpelihara, agar sinar kebahagiaan dapat dinikmati oleh seluruh Keluarga Malaysia.
“Deepavali Vaalthukkal”
(DATO’ SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara