Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Jangan Terlibat Jual Sijil Vaksin

Diterbitkan: 21 Sep 2021 3.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, ini bagi membolehkan siasatan dijalankan untuk tindakan susulan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-jangan-terlibat-jual-sijil-vaksin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:21 MYT
Shah Alam, 21 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan penjualan sijil vaksinasi untuk tampil dan salurkan kepada pihaknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, ini bagi membolehkan siasatan dijalankan untuk tindakan susulan.

"PDRM menasihatkan orang ramai tidak terbabit kegiatan memalsukan dan menjual sijil digital vaksin.

"Orang ramai diminta melaporkan kepada polis jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan itu," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, pihaknya menerima satu laporan berkenaan tular di media sosial berlakunya penjualan sijil digital vaksinasi.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
ArtikelDiterbitkan 21 Sep 2021 3.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM