Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Kunjungan Hormat Ke Ipk Selangor
Kunjungan beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.
Shah Alam, 21 September 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Azisman Alias telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Kunjungan beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.
Hadir sama, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Tuan Shahrum Hashim, Ketua JSPT Selangor, Superintendan Azman Shari'at dan para pegawai kanan polis.
Sumber: Polis Selangor



