Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Teruskan Legasi Leading Sea Agency In Combating Crime

Diterbitkan: 03 Sep 2015 9.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Klang, 2 Sept - Sejak penubuhannya pada tahun 1947 hingga masa kini, Pasukan Polis Marin (PPM) telah banyak menabur bakti dalam menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraman perairan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-teruskan-legasi-leading-sea-agency-in-combating-crime
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:26 MYT
Klang, 2 Sept - Sejak penubuhannya pada tahun 1947 hingga masa kini, Pasukan Polis Marin (PPM) telah banyak menabur bakti dalam menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraman perairan negara.

Justeru itu, satu Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin ke-68 telah berlangsung penuh adat istiadat kepolisan bertempat di dataran Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Pelabuhan Klang, Selangor pagi tadi.

YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar dalam ucapan perasmiannya menyeru supaya PPM sentiasa bergerak selari dengan perkembangan teknologi dalam industri maritim dengan pemantapan latihan, infrastruktur, aset serta sokongan logistik yang lebih canggih dan moden supaya dapat mengangkat legasi ‘leading sea agency in combating crime’ di perairan wilayah Malaysia.

“Saya akui bahawa Polis Marin telah mencapai banyak kejayaan besar sejak kebelakangan ini. Buktinya, jumlah rampasan dari setahun ke setahun semakin meningkat. Pada 2013 sahaja, jumlah rampasan yang dicatatkan adalah melebihi RM 45 juta. Pada tahun 2014, ia meningkat kepada RM 171 juta dan sehingga Jun tahun ini, PPM telah merampas pelbagai barangan bernilai melebihi RM 32 juta” katanya lagi.

Beliau juga berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh PPM dalam usaha-usaha pembanterasan jenayah pemerdagangan orang kerana sehingga bulan Jun tahun ini sahaja seramai 1,480 orang Pendatang Tanpa Izin (PTI) berjaya ditahan seterunya berjaya membuka mata banyak pihak yang selama ini cuba untuk menafikan peranan PPM dalam menjaga keselamatan sempadan perairan Negara.

Majlis yang turut dihadiri barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Negeri, pegawai-pegawai kanan PDRM, pesara-pesara Polis Marin serta wakil-wakil media itu berakhir sekitar jam 11 pagi.

Ppm Teruskan Legasi Leading Sea Agency In Combating Crime
Ppm Teruskan Legasi Leading Sea Agency In Combating Crime
Ppm Teruskan Legasi Leading Sea Agency In Combating Crime
Ppm Teruskan Legasi Leading Sea Agency In Combating Crime
Sekitar perbarisan berlangsung..

Ppm Teruskan Legasi Leading Sea Agency In Combating Crime
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan perasmian.

Ppm Teruskan Legasi Leading Sea Agency In Combating Crime
Ppm Teruskan Legasi Leading Sea Agency In Combating Crime
Barisan penerima sijil anugerah

Ppm Teruskan Legasi Leading Sea Agency In Combating Crime
Ppm Teruskan Legasi Leading Sea Agency In Combating Crime
Ppm Teruskan Legasi Leading Sea Agency In Combating Crime
Sekitar acara Fleet Review Botronda PPM
ArtikelDiterbitkan 03 Sep 2015 9.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM