Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Tawau Tahan Lelaki Warga Indonesia Miliki Lebih 1 000 Gram Syabu

Diterbitkan: 30 Nov 2015 6.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 30 Nov- Seorang lelaki warga Indonesia diberkas Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau kerana memiliki lebih 1,000 gram dadah syabu bernilai lebih RM100,000 di kawasan Batu-Batu, Sabindo di sini, pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tawau-tahan-lelaki-warga-indonesia-miliki-lebih-1-000-gram-syabu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:17 MYT

Tawau, 30 Nov- Seorang lelaki warga Indonesia diberkas Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau kerana memiliki lebih 1,000 gram dadah syabu bernilai lebih RM100,000 di kawasan Batu-Batu, Sabindo di sini, pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata, tiga anggota PPM yang bertugas dalam Ops Landai, terserempak suspek yang dalam keadaan mencurigakan kira-kira 7.00 pagi sebelum suspek bertindak melarikan diri.

"Hasil siasatan awal, suspek terus mengaku membawa dadah syabu dalam beg sandangnya. Syabu berkenaan dibungkus beberapa lapis menggunakan plastik lutsinar," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pejabat PPM Tawau, hari ini.

Katanya, dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran ke Indonesia dan Tawau dijadikan sebagai tempat transit.

"Kita sedang menyiasat dari mana sumber bekalan dadah berkenaan diperoleh," katanya menambah PPM sentiasa berhubung dan bertukar maklumat berkaitan pengedaran dadah dengan pihak berkuasa Indonesia.

Beliau berkata, rampasan itu merupakan tangkapan terbesar PPM di Sabah dan setakat ini lebih 30 kes tangkapan berkaitan dadah direkodkan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 30 Nov 2015 6.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM