Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jenayah Indeks Di Kelantan Menurun 11 45 Peratus

Diterbitkan: 30 Nov 2015 6.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Bharu, 30 Nov- Sebanyak 4,541 kes jenayah seperti pecah rumah, ragut dan curi kenderaan dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini di Kelantan, kata Ketua Polis Negeri Datuk Mazlan Lazim.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-indeks-di-kelantan-menurun-11-45-peratus
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:41 MYT

Kota Bharu, 30 Nov- Sebanyak 4,541 kes jenayah seperti pecah rumah, ragut dan curi kenderaan dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini di Kelantan, kata Ketua Polis Negeri Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata bagaimanapun jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 11.45 peratus berbanding 5,128 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

"Ia menunjukkan penurunan sebanyak 587 kes pada tahun ini dengan 46.44 peratus kes berjaya diselesaikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan agensi itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Ditanya mengenai persiapan banjir, beliau berkata seramai 982 pegawai dan anggotanya bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana itu pada tahun ini.

"Jumlah pegawai dan anggota itu akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan.

"Kita turut mempunyai 74 bot bagi membantu memindahkan mangsa dan tiga helikopter akan digerakkan jika bencana berada di tahap kritikal," katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 30 Nov 2015 6.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM