Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Tawau Patah Cubaan Seludup Rokok Bernilai Hampir Rm120 0

Diterbitkan: 18 Jun 2014 3.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.38 PM
Tawau - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 6,930 bungkus rokok jenis Surya Slim dari negara jiran bernilai RM119,916 di sini, awal pagi semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tawau-patah-cubaan-seludup-rokok-bernilai-hampir-rm120-0
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:02 MYT

Tawau - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 6,930 bungkus rokok jenis Surya Slim dari negara jiran bernilai RM119,916 di sini, awal pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohammad Madun berkata rokok berkenaan cuba diseludup masuk melalui Kampung Ice Box Baru, Batu 6, Jalan Apas sebelum pihak polis melakukan serbuan pada pukul 3 pagi.

"Hasil pemeriksaan menjumpai beberapa bungkusan plastik hitam yang disembunyikan di bawah rumput kering dipercayai untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, ketika serbuan, kumpulan penyeludup berjaya meloloskan diri, katanya.

Mohammad berkata rokok berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1) (b) Akta Kastam 1967.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 3.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.38 PM