Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Tahan Pendatang Asing Di Kota Tinggi

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.18 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.36 PM
Johor Baharu, 13 Feb - Polis Marin Wilayah Dua menahan 10 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia termasuk seorang wanita di Kota Tinggi dekat sini semalam ketika cuba keluar dari nega..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tahan-pendatang-asing-di-kota-tinggi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:39 MYT

Johor Baharu, 13 Feb - Polis Marin Wilayah Dua menahan 10 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia termasuk seorang wanita di Kota Tinggi dekat sini semalam ketika cuba keluar dari negara ini secara haram.

Komandernya ACP Zainul Abidin Hasan berkata kesemua PATI itu yang berusia 19 dan 29 tahun itu ditahan ketika berkumpul di kawasan ladang LGM Bandar Penawar di sini pada pukul 3.30 petang.

Beliau berkata hasil soal siasat mendapati kesemua PATI itu mengaku sedang menunggu bot pancung untuk balik ke Indonesia secara tidak sah.

"Kesemua PATI yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainul Abidin berkata bagi tempoh Januari hingga semalam, Polis Marin Wilayah Dua mencatatkan 16 kes tangkapan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIP) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.18 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.36 PM