Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suspek Curi Kereta Ditahan Selepas Kereta Terbabas

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.18 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.36 PM
Johor Baharu, 13 Feb - Polis menahan seorang suspek berusia 22 tahun apabila kereta yang dinaikinya terbabas selepas melanggar sebuah kereta peronda polis dan lima kenderaan awam di sini, hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-curi-kereta-ditahan-selepas-kereta-terbabas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT

Johor Baharu, 13 Feb - Polis menahan seorang suspek berusia 22 tahun apabila kereta yang dinaikinya terbabas selepas melanggar sebuah kereta peronda polis dan lima kenderaan awam di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian pukul 2 petang itu, anggota kereta peronda polis cuba menahan suspek untuk pemeriksaan tetapi suspek bertindak memecut kenderaannya.

Katanya kereta peronda polis telah mengejar kenderaan berkenaan sejauh tiga kilometer sebelum suspek melanggar kereta peronda polis lain dan lima kenderaan awam sebelum kereta itu hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik.

"Dalam kejadian di Jalan Permas Utara off Jalan Masai Lama di sini, suspek mengalami kecederaan di jari tangan kanan," katanya dalam kenyataan di sini.

Sulaiman berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu itu dilaporkan hilang dan suspek tidak mempunyai lesen memandu.

"Suspek dipercayai seorang penagih dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.18 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.36 PM