Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Tahan Enam Individu Tiada Dokumen Perjalanan

Published: 18 Jun 2014 8.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 1 Feb – Tiga lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki warga negara asing yang cuba memasuki negara ini secara haram berjaya dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam tuga..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tahan-enam-individu-tiada-dokumen-perjalanan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:26 MYT

Kota Tinggi, 1 Feb – Tiga lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki warga negara asing yang cuba memasuki negara ini secara haram berjaya dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam tugas Op Landai di Ladang Kurnia, Sg Rengit tengah malam tadi.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kesemuanya adalah warga negara Indonesia yang gagal mengemukakan sebarang dokumen semasa pemeriksaan dan tinggal lebih tempoh.

Timbalan Komander PPM W2 Superintenden Kalai Chevan Nadarajah berkata, pemandu kereta jenis MPV juga seorang warga Indonesia yang disyaki ejen penyeludupan turut ditahan bersama kereta Proton Exora dan wang tunai sebanyak RM11,000 turut dirampas.

Kesemua mereka telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sg Rengit untuk siasatan. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Manusia & Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Ppm Tahan Enam Individu Tiada Dokumen Perjalanan
Sumber : Pasukan Polis Marin Kota Tinggi Johor

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM