Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

24 Individu Ditahan Ketika Leka Bermain Judi

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
24 lelaki termasuk lima warga asing ditahan dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ketika leka be..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/24-individu-ditahan-ketika-leka-bermain-judi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:04 MYT

24 lelaki termasuk lima warga asing ditahan dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ketika leka bermain judi dan menyabung ayam petang tadi.

Beberapa peralatan perjudian dirampas antaranya bola golek, peralatan sabung ayam dan wang tunai berjumlah RM39 ribu.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan dan lima daripada mereka didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Kes disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Binatang1953, Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

24 Individu Ditahan Ketika Leka Bermain Judi
24 Individu Ditahan Ketika Leka Bermain Judi
24 Individu Ditahan Ketika Leka Bermain Judi
Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM