Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Sandakan Rampas 6 000 Liter Minyak Diesel Subsidi

Published: 18 Jun 2014 1.55 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
SANDAKAN, 5 Okt (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 6,000 liter minyak diesel subsidi yang sedang dipindahkan dari sebuah bot nelayan ke sebuah bot penunda di perairan berhampiran Bandar L..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-sandakan-rampas-6-000-liter-minyak-diesel-subsidi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:48 MYT

SANDAKAN, 5 Okt (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 6,000 liter minyak diesel subsidi yang sedang dipindahkan dari sebuah bot nelayan ke sebuah bot penunda di perairan berhampiran Bandar Leila dekat sini semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata akitiviti itu dikesan oleh anggotanya ketika mereka melakukan rondaan pada pukul 9.30 pagi.

Juragan bot nelayan itu yang berusia lingkungan 40-an dan seorang krew bot penunda yang berusia 30-an kemudiannya ditahan.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, bot nelayan itu sedang mengepam minyak diesel subsidi ke bot penunda. Sebanyak 5,500 liter minyak diesel masih berada di dalam bot nelayan itu manakala 500 liter lagi sudah dipam ke bot penunda," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.55 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM