Lelaki Cedera Ditembak Ketika Cuba Larikan Diri Daripada Pol
Sungai
Petani, 4 Okt - Seorang lelaki, disyaki penjenayah cedera ditembak
manakala dua rakannya melarikan diri dalam kejadian di Taman Keladi, di
sini malam tadi.
Ketua
Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin berkata dalam kejadian pada
11.45 malam itu, polis terpaksa melepaskan tembakan apabila remaja
berkenaan bersama rakannya cuba melarikan diri selepas diarah menyerah
diri.
Anggota
polis dengan kereta peroda terserempak sebuah kereta dinaiki tiga lelaki
dalam keadaan mencurigakan di Taman Sejati Indah dan apabila semakan
dibuat, polis mendapati kereta itu pernah diguna dalam kes samun dan
rompakan bersenjata.
"Anggota
peronda mengarahkan mereka berhenti tetapi lelaki-lelaki itu tidak
mengendahkannya malah memecut laju dan polis mengejar mereka kira-kira
dua kilometer hingga ke Taman Keladi sebelum melepaskan tembakan yang
mengenai bahu suspek," katanya.
Beliau berkata menyedari rakan mereka terkena tembakan, dua lelaki berkenaan memberhentikan kereta dan melarikan diri.
Hasil
pemeriksaan terhadap kereta itu, polis menemui beberapa bilah parang
dan senjata tajam di percayai digunakan untuk melakukan samun.
Khalil berkata lelaki yang cedera di bahu itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
Polis
kini melancarkan gerakan memburu dua lagi suspek dan meminta orang
ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lelaki terbabit supaya
menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sumber : BERNAMA