Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Rampas Rokok Kretek Bernilai Hampir Suku Juta Ringgit

Published: 18 Jun 2014 9.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 6 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 13,000 bungkus rokok kretek pelbagai jenama yang diseludup masuk dalam Op Paradise di kawasan laut Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 malam semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-rampas-rokok-kretek-bernilai-hampir-suku-juta-ringgit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:59 MYT

Tawau, 6 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 13,000 bungkus rokok kretek pelbagai jenama yang diseludup masuk dalam Op Paradise di kawasan laut Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 malam semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad bin Madun berkata pasukannya telah mengesan sebuah bot yang mencurigakan dan semasa menghampiri bot tersebut, juragan telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke dalam laut.

"Setelah digeledah, kami menjumpai 13,000 bungkus rokok kretek pelbagai jenama dan turut merampas sebuah bot serta sebuah enjin yang mana kesemua rampasan dianggarkan RM234,652" ujarnya lagi.

Menurut beliau lagi, kesemua rokok tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.

Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau Sabah

ArticlePublished 18 Jun 2014 9.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM