Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Rampas Roko Arak Bernilai Rm67 660

Published: 10 Nov 2014 1.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuching 10 November - Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenis minuman keras dan rokok bernilai RM67.660 dalam Ops Landai di Jalan Mantis, Ulu Lanang, Sibu, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-rampas-roko-arak-bernilai-rm67-660
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:09 MYT
Kuching 10 November - Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenis minuman keras dan rokok bernilai RM67.660 dalam Ops Landai di Jalan Mantis, Ulu Lanang, Sibu, semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Kalai Chelvan berkata, bertindak atas maklumat, pihak-nya menahan sebuah lori jenis Daihatsu Super Delta yang berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah pasar raya pada pukul 1.50 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui sejumlah minuman keras dan rokok di bahagian penyimpanan barang manakala pemandunya gagal menunjukkan bukti pembelian dan dokumen berkaitan.

Dalam pada itu, Kalai Chelvan mengalualukan orang awam dan agensi kerajaan lain menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah untuk tindakan pencegahan dan pembanterasan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke pejabat PPM Wilayah Lima di talian 082-334111 atau faks di talian 082-344780.

Ppm Rampas Roko Arak Bernilai Rm67 660
Sumber: Utusan Malaysia
ArticlePublished 10 Nov 2014 1.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM