Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

3 Geng Pecah Rumah Curi Motosial Tumpas

Diterbitkan: 10 Nov 2014 1.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Gua Musang, 10 November - Tiga kumpulan aktif melakukan jenayah di jajahan ini ditumpaskan dengan tertangkapnya ahli kumpulan terbabit baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/3-geng-pecah-rumah-curi-motosial-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:39 MYT
Gua Musang, 10 November  - Tiga kumpulan aktif melakukan jenayah di jajahan ini ditumpaskan dengan tertangkapnya ahli kumpulan terbabit baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, berkata kumpulan terbabit dikesan aktif dalam kegiatan pecah rumah, mencuri wang tabung masjid dan mencuri motosikal sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini.

"Berikutan kejayaan ini, kami berjaya menyelesaikan 31 kes mencuri, pecah rumah dan mencuri motosikal. aKumpulan Iwan terbabit dalam 10 kes pecah rumah, manakala kumpulan Mamat, lima kes pecah rumah serta mencuri motosikal dan 13 kes mencuri wang tabung masjid, manakala kumpulan Fatah membabitkan lapan kes pecah rumah.

"Semua ahli kumpulan terbabit sudah dituduh di mahkamah dan dikenakan denda serta penjara manakala dua budak lelaki bawah umur dibicarakan mengikut kes Juvana," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Daerah (IPD) di sini, semalam.
3 Geng Pecah Rumah Curi Motosial Tumpas
Sumber: Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 10 Nov 2014 1.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM