Artikel
PPM RAMPAS ROKOK, ARAK BERNILAI RM67,660
Kuching 10 November - Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenis minuman keras dan rokok bernilai RM67.660 dalam Ops Landai di...
Kuching 10 November - Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenis minuman keras dan rokok bernilai RM67.660 dalam Ops Landai di Jalan Mantis, Ulu Lanang, Sibu, semalam.
Komandernya, Asisten Komisioner Kalai Chelvan berkata, bertindak atas maklumat, pihak-nya menahan sebuah lori jenis Daihatsu Super Delta yang berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah pasar raya pada pukul 1.50 petang.
Katanya, hasil pemeriksaan menemui sejumlah minuman keras dan rokok di bahagian penyimpanan barang manakala pemandunya gagal menunjukkan bukti pembelian dan dokumen berkaitan.
Dalam pada itu, Kalai Chelvan mengalualukan orang awam dan agensi kerajaan lain menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah untuk tindakan pencegahan dan pembanterasan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke pejabat PPM Wilayah Lima di talian 082-334111 atau faks di talian 082-344780.

Sumber: Utusan Malaysia