Artikel
Ppm Gagalkan Cubaan Seleweng 20 000 Liter Diesel Bersubsidi
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima ACP Mohd Salleh Mat Jani berkata sebanyak 20 tong tangki plastik yang berisi minyak diesel dirampas kerana tidak memp...
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima ACP Mohd Salleh Mat Jani berkata sebanyak 20 tong tangki plastik yang berisi minyak diesel dirampas kerana tidak mempunyai sebarang dokumen dan disyaki untuk tujuan penyelewengan.
“Berikutan penemuan itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan,” ujar beliau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan membawa dan memiliki barangan kawalan tanpa dokumen yang sah.
Kes dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan.